Saturday, January 29, 2011

hidup itu indah

cuba kita renungkan.

apa yang kita lakukan sehari-hari setelah enak kita diulit mimpi, lalu kita digegarkan dengan goncangan dunia fantasi (orang kejut tidor daa)?


pasti tidak akan terlepas pun seseorang dari tidak menyebut perkataan-perkataan yang tidak patut diperkatakan setelah bangkit dari tidur.

sepatutnya bangun kita didahulukan dengan doa bangun dari tidur, iaitu  

                 
 Ertinya:
 Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati (tidur) kami dan kepadaNya kami kembali

lihatlah betapa indahnya alam ciptaan ALLAH. perjalanan setiap makhluk yang berjalan di atas muka bumi punya aturannya yang tersendiri. ada yang berjaga di siang hari dan lena di malam hari, dan sebaliknya. sesungguhnya rehat yang ALLAH berikan amatlah berharga, dan bangkitnya kita dari tidur juga merupakan satu nikmat! seandainya maut mendatang tatkala mata terpejam erat, bayangkan, apakah ada masa untuk bertaubat?

sama-samalah kita renungkan dan hayati bersama. 


Thursday, January 27, 2011

mencari permata solehah

hari ini sekali lagi naluri lelakiku tergugat. rinduku padamu masih belum terubat. sudah berapa lama mata ini tidak bersua denganmu. namun peristiwa itu masih belum bisa ku lupakan. sungguh hari itu mungkin kali terakhir kita bertemu, tetapi ku tidak pernah berputus harap untuk sekali lagi bertemu denganmu, walau apa cara sekalipun. sungguh pertemuan pasti ada perpisahan. ALLAH telah lama merancang perjalanan hidup kita, bahkan sejak azali lagi jodoh serta qada' dan qadar kita ditentukan.


khabarmu tidak lagi kudengari. kadangkala ku takut andai hatimu dimilik orang. tetapi jika Al-Malik itu pemilikmu, maka tidak perlu ku gentar akan takdir. seringkali ku menadah tanganku agar kita bakal disatukan di atas nama pernikahan, yang bakal menyatukan kita hingga ke akhir hayat, tidak akan berpisah nyawa dan jasad, melainkan dipanggil jua oleh ILAHI. namun jika maut itu detik perpisahan, cinta ini akan ku bawa sehingga ke pintu Jannatun Naim. disana jualah kau akan senantiasa menjadi permaisuri hati, setiap saat deras darah ini mengalir.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...



Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Wednesday, January 26, 2011

sekadar renungan buat diri

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”

Huraian
Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna. Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana. 


Tuesday, January 25, 2011

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh, Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian, Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim, Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat, Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula - Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun
 surah asSyu'ara ayat 83-88

sekadar ingin berkongsi doa yang dipetik dari alQuran..,harap menjadi amalan setiap hari. semoga kita bersama-sama memasuki syurga JannatunNaim..,inshaallah :D

takdir

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
alFurqan ayat 74
 
siapa yang tidak mahu?
siapa yang tidak mahu?
isteri cerdik yang solehah,penyejuk mata,penawar hati.
zuriat-zuriat yang soleh dan solehah penyeri rumahtangga.sungguh menjadi idaman kalbu lelaki-lelaki seperti kami ini.
jodoh itu milik ALLAH
takdir?ya takdir.
berkata mengenai takdir..
kita pernah dengar takdir ALLAH  tidak boleh diubah...
tetapi pernahkah kita terdengar firman ALLAH yg berfirman..

Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri....
 surah arRa'd ayat 11
jadi takdir boleh diubah dengan singkatan
DUIT
apa pula yang dikatakan dengan DUIT...?

Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal

mungkin kita tidak selalu berjaya dalam peperiksaan
tapi itu adalah hasil usaha yang kita lakukan..kita tidak tahu sama ada itu takdir tuhan..
tiada siapa tahu..


Perkara yang ALLAH tidak ubah adalah jodoh dan kematian..
mengenai jodoh..,YA! ramai wanita-wanita solehah, lelaki-lelaki soleh menjadi idaman kalbu.
tetapi ingatlah ya akhi..,ya ukhty..,kita kena yakin, apa yg ALLAH takdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita kerana ALLAH Maha Mengetahui. walaupun kita berdoa bersungguh-sungguh utk dijodohkan dgn pilihan hati. namun jika Allah sudah tentukan orang lain untuk kita, kita kenalah redha. kerana itu mungkin yang terbaik untuk kita..siapa tahu...???

...mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yg banyak...
surah anNisa' ayat 19

Sama halnya dgn ajal dan maut kita...seandainya kita mohon utk pjg umur..
tetapi umur yg panjang tu kita sia-siakan dgn buat dosa dan maksiat, hanya lagha sahaja..

kita kena pahat dalam hati, apa yang Allah takdirkan untuk kita,
adalah yg terbaik utk kita.
dgn itu kita akan redha akan qada' dan qadarNya..

akhir sekali ingin kami berkongsi sedikit doa yg kami jumpa di internet

"Ya Allah, seandainya dia (sebutkan namanya) adalah jodohku,tercipta buatku,
maka Kau dekatkanlah dia kpdku, satukanlah hatinya & hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami,
agar kebahagiaan itu kekal abadi..
Tetapi Ya Allah,
seandainya dia bukan milikku,
jauhkanlah dia dr pandanganku & lenyapkanlah dia dr ingatanku..
serta hindarilah diriku dr kekecewaan,
Ya Allah,
sesungguhnya takdir-Mu adalah yg terbaik buatku...

Maka Ya Allah, kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman,
utk di dunia & akhirat..
& kurnikanlah kami keturunan yg soleh & solehah..
Amin...."

sekian sahaja...
rabbena maak
salamun alaik :)

Saturday, January 22, 2011

peringatan

MAKA nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan
arRahman ayat13
 ketika berkokok ayam,bersinar pagi,muncul mentari terang memancar cahaya,terus bangun manusia mengerjakan aktiviti hariannya. namun masih terdetikkah di hati mereka akan nikmat ALLAH yg telah menjadikan keseluruhan alam ini. subhanallah.. 

TIDAKKAH mereka memerhatikan burung yang terbang melayang-layang di langit? tiada yang menahan mereka dari jatuh melainkan ALLAH
anNahl ayat 79
 subhanallah, Maha Suci ALLAH..
Ya ALLAH, kuatkan imanku, jauhkan diriku dari lembah maksiat.
semoga hambaMu ini menjadi insan cemerlang di masa akan datang,inshaallah..

siapakah kami?

Tentu semua bertanya2 siapakah pemilik,penulis blog ini kan?
xperlu lah tahu.ini merupakan catatan sempurna lebih kurang 4 shbt yg mencari hala tuju masing-masing utk bekalan akhirat kelak. Sesungguhnya,catatan ini catatan unggul sehebat Lau Tze dan penulis2 buku revision kite..betulke?..hahaha 

ikutilah...rahsia hidup kami...jalan hidup kami....")

we're new here!!

assalamualaikum..

sebagai "newcomer" disini, ingin tuan hamba memetik bunga di laman, eheh...tak adalah, saja bergurau. ingin sahaja patik meminta tunjuk ajar dari mahaguru be-log-ging disini. biasalah, takkan baru lahir sudah pandai bertatih. hidup di dunia ini memerlukan antara satu sama lain, betul kan? haha, ok lah, sampai disini sahaja warkah hamba. sehingga bertemu lagi di kala jodoh menemukan kita.

sekian~