Monday, June 20, 2011

Dia Bukan Milikku, ALLAH Memilikiku

tika hati berkata, mati
tika impian kan meninggi
tika nafsu menggoda hati

tika itu hati menepis
tika itu perasaan ditegah

kelak hatimu kan mengerti..


dengan petunjuk ILLAHI..

carilah DIA, kelak kau akan menemuiku semula.

Wednesday, May 25, 2011

ketahuilah hidupmu

seringkali diungkap
hidup itu tidak adil
diusaha sepenuh kudrat
namun kejayaan dan nikmat bercicir lari
ketahuilah
andai hikmah dan rezeki menanti di hujung sana

seringkali didengar
hidup penuh musibah
sudah jatuh ditimpa tangga
patah pula kaki keduanya
namun ketahuilah
andai takdir ketentuan Ilahi
maha Pencipta maha Mengetahui

seringkali dirasa
hidup ini sunyi
walau ramai insan disisi
juga teman ramai mendekati
ingin diisi dengan impian hati
tapi tepuknya tidak berbunyi
namun ketahuilah
cinta ALLAH maha Pengasih cinta abadi

apapun terjadi
kembalilah kepada tempat kita bergantung
sesungguhnya sifat ALLAH yang Mendengar itu benar
kerana Dialah tempat memohon perlindungan
ALLAH maha Berkuasa

Saturday, May 21, 2011

Nasihat As-Syahid Hassan Al-Banna


Pesan Imam Hassan Al Banna

Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kitaprioritaskan dan amalkan.
1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.
3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)
4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.
6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.
8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.
9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.
10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.

Alhamdulillah semoga jd pedoman buat kita semua

Sunday, May 8, 2011

nota tika bekerja

Ku lihat ramai gadis cantik, gadis manja, gadis comel, gadis kaya, gadis bertudung, gadis baik dan bermacam-macam gadis di laman sosial mahupun dunia nyata, namun tidak ku terpikat pada mereka.. 

Ku lihat seorang gadis yang menjaga agama dan memegang erat iman dalam hatinya dan ku lihat dia malu menunjukkan tentang dirinya pada dunia sosial dan dunia nyata.. 

Tidak pula dia mencintai selain ALLAH dan Rasulullah SAW. jauh pula dengan hubungan cinta sebelum berkahwin.

Isteri begitulah impianku..

Oh Tuhan.., Aku jatuh cinta...

Friday, May 6, 2011

Itulah Yang Sebenar-benarnya


Sekiranya,


kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita 


Tetapi sekiranya 
kita cinta kepada ALLAH
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya


Sekiranya 
kita cinta kepada manusia 
kita akan cemburu kepada orang yang 
mencintai orang yang kita cintai 

Tetapi sekiranya 
kita cinta kepada ALLAH
kita akan turut mencintai orang yang 
melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga 

Ya ALLAH
andainya dia adalah jodoh 
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku 

Maka,

campakkanlah ke dalam hatiku 

cinta kepadanya adalah keranaMU
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMU jua 

Namun,


andainya dia bukanlah jodoh yang 

ditetapkan olehMU kepadaku 
berikanlah aku kekuatan 
agar pasrah 
dalam mengharungi ujian 
yang Dikau berikan kepadaku


Itulah yang sebenar-benarnya..

Sunday, May 1, 2011

I-I-I

salamun alaik

I-I-I
triple I
Islam.Itu.Indah


berbicara tentang Islam. adakah kita tahu akan sifat-sifat Islam? ya mari sini kita belajar, beberapa sifat-sifat Islam, yang semestinya kita sebagai umat Islam harus tahu.

****


****

RABBANIAH
bererti kembali kepada ALLAH, yang membawa kepada ajaran Ubudiyyah (pengabdian) kepada ALLAH, yakni setiap insan (hamba) wajib beribadat hanya kepada ALLAH sahaja.

SYUMULIAH
bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. ianya meliputi seluruh aspek kahidupan manusia tanpa terkecuali dan sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besar perkara.

'ALAMIYAH
bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. sesuai untuk semua golongan. ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. sesuai di mana sekalipun. juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah atau zaman teknologgi moden yang serba canggih ini, sesuai hingga ke hari kiamat.

WAQI'IYYAH
Islam adalah realistik atau dengan kata lain ia addalah mithali dan berdasarkan kepada realiti, ia terselamat dari sifat keterlaluan golongan yang terlalu ideal dan terselamat dari kecuaian dan pandangan mudah golongan yang terlalu realistik.

INQILABIYYAH
Menegakkan Islam atas keruntuhan Jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan Jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Kesimpulannya Islam tidak boleh berada bersama-sama dengan jahiliyyah ataupun kemungkaran.

THABAT DAN MURUNNAH
tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaan. contohnya, solat wajib perlaksanaannya boleh dibuat sejara qasar atau jamak sekiranya bermusafir.


p/s : tolong bagitau kalau ade salah tulis. sungguh, diri ini tidak sempurna, kerana kesempurnaan itu hanyalah milik Al-Kholiq.

Friday, April 29, 2011

catatan PBAKL 2011 [ new life ]

salamun alaik
alhamdulillah, ana dan seorang sahabat ana, pd 27 APR 2011 berjaya menjejakkan kaki di Putra World Trade Center. setelah berbulan lamanya tak menjengah Kuala Lumpur, hari ni, kami berdua merayau di pulau haba tu. tujuan kami, apalagi kalau dah pergi PWTC, mestilah cari buku. ooh ade event ape ye? bg sahabat-sahabat yang tidak tahu, sekarang ana nak beritahu. bermula 22 APR hingga 1 MEI ini, diadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, bertempat di PWTC. banyak dewan-dewan utama diisi dengan pengeluar-pengeluar buku ternama seperti karangkraf dan sebagainya. masih belum terlambat buat sahabat yang belum pergi untuk memborong pelbagai jenis ilmu disana.



****

Pulau haba, bermula selepas melepasi pintu gerbang sebagai sempadan Selangor dan Kuala Lumpur. mana tidaknya, kenderaan di Malaysia ini bukan lah ada satu sahaja. lebih-lebih lagi orang kaya-kaya yang semestinya memilih Kuala Lumpur sebagai tempat kediaman mereka.


di sini (PWTC), sudah semestinya ramai pengunjung, pelajar-pelajar dari seluruh negeri. berduyun-duyun penuh sesak di dalam sana. ada yang memborong, ada yang membeli satu sahaja, ada pula yang datang dengan konsep 'saje jalan cuci mate je, nanti esok lusa aku beli la'. namun ia berbeza dengan tujuan ana datang kesini kali ini.

berbekalkan wang yang ayah dan umi beri, ana dapat juga membeli beberapa buah buku yang ana sudah lama ingin memilikinya. saja ditahan-tahan supaya tidak leka tatkala exam makin menghampiri.oh ya, sudah tentu kalian ingin tahu buku apa ana beli???

novel, sudah semestinya, ana memang suka baca novel. memang agak pelik dengan hobi ana ni. tapi bagi ana, novel-novel yang baik, yang patut ana baca, ialah novel yang ada unsur Islam didalamnya, yang mampu mendidik diri dan jiwa ana kearah yang lebih baik. sejak bile suke bace novel ni? best ke? tak boring ke? hahaha. sejak selepas spm, selepas boring on9 memanjang, dan tiada kerja nak dilakukan, timbullah idea untuk memiliki sebuah novel. cetus hati, "alah, try je la skali. kalo xbest bagi adik, settle". sekarang, nah, ambik. terus minat, fanatik pulak tu. kuasa ALLAH kan...

novel pertama yang ana beli dan baca, adalah Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid. ana akui dia memang penulis hebat, mampu membawa ana ke dalam cerita.

 Hijab Sang Pencinta

tetapi, sebelum ini, terdapat 2 novel iaitu sebagai permulaan cerita. novel itu adalah Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. sambungan bagi Hijab Sang Pencinta pula adalah Cinta Sufi dan yang baru keluar beberapa hari lepas, Sutera Bidadari. alangkah seronoknya dapat menyelami watak Saifuddin dalam novel ini. ramai yang mengatakan tidak mungkin untuk menjadi warak seperti dia, tetapi kalau ana kata boleh? biasalah, hati manusia, sentiasa mencipta alasan untuk tidak berubah kearah yang lebih baik.

 trilogi novel-novel Ramlee Awang Murshid

dan yang terakhir sekali adalah...

Sutera Bidadari

semoga ana dapat manfaatnya dari novel-novel ini. inshaallah.

****

2 novel seterusnya adalah karya Fatimah Syarha Bt Mohd Noordin. mungkin ini novel lama, tetapi, ana peduli ape, ana tak baca lagi. jadi, berilah peluang kepada ana untuk membacanya..

Tautan Hati dan Seindah Mawar Berduri

How To Write A Thesis

buku di atas ni pula ana beli dari booth Universiti Malaya. alhamdulillah, semoga ada manfaat untuk ana di alam universiti kelak.

Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Buku di atas ni, ana tak jumpa. alahai, nampaknya tiadalah pengubat 7 penyakit hati selain daripada usrah di masjid...
Satu novel lagi, ana tak mahu cerita. novel itu mungkin ana akan cerita lepas adik ana membacanya. biar surprise sikit! 

gambar-gambar yang sempat diambil

****

tetapi, ingatlah sahabatku. banyak mana pun buku, banayak mana novel yang kita baca, tetap tidak sama dengan yang satu ini. lain dari yang lain. dan tiada seorang pun yang mampu menulis sama seperti kata-katanya.

itulah Kalamullah, lafaz-lafaz Agung ALLAH, di dalam Al-Quran. janjiNYA, sesiapa yang membacanya akan masuk ke dalam syurgaNYA, yang kekala abadi, tidak terlintas dek fikiran segala nikmatnya.
sudah menjadi kebiasaan, di mana pabila melakukan sesuatu, semuanya nampak indah di mata kita. MANUSIA. itulah manusia. mempunyai nafsu dan akal. kedua-duanya saling berlawan apabila ingin menentukan sesuatu.


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
al-'Imran ayat 14 


MasyaALLAH, adakah kita sedar perkara ini? ingatlah, diriku, hatiku, keluargaku, sahabatku, jangan kamu leka dan lalai dengan kesenangan dunia, kelak kamu akan rugi dan binasa.

dan mengertilah sahabatku semua, buku yang terbaik, buku yang sepatutnya menjadi panduan kepada kita, seluruh umat nabi Muhammad SAW adalah Al Quran, di mana tiada satu buku pun yang dapat menandinginya.

kesayanganku

****

beberapa buah buku yang ana pinjam dari sahabat-sahabat dan juga masjid telah pun ana habis baca. alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. semoga ilmu itu kekal dalam diri ana, dan semoga ana dapat menyampaikan ilmu-ilmu tersebut kepadda sahabat-sahabat ana yang tidak dapat membacanya.

****

wahai sahabatku, mahukah kamu mendengar tawaranku?

****

marilah kita sama-sama beramal menuju ke syurgaNYA, memiliki sebuah kehidupan yang kekal abadi di dalamnya, menikmati nikmat-nikmat yang tidak terlintas dek fikiran tika di dunia, dilayani bidadari dan bidadara syurga.

Wanita solehah.., bebas memasuki mana-mana pintu syurga sekalipun..
Mereka yang syahid di jalan ALLAH, roh mereka berterbangan di mana-mana syurga yang mereka sukai..
dan mereka yang beruntung, akan memiliki Ainul Mardhiah.., 
yang bilamana jika dia turun kedunia, seluruhnya akan terbau harumannya..

subhanallah, mampukah aku..

....para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salaamun'alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan."
an-Nahl ayat 32


Monday, April 11, 2011

sahabatku sayang

salamun alaik

ya ikhwah,ya akhawat.
Sedarkah kalian bahawa kalian dilahirkan sebagai pejuang ISLAM?Pejuang yg semestinya hebat di medan pertempuran.

Namun,adakah kita berperilaku seperti seorang pejuang ISLAM?

Maka sahabatku,maukah kamu mendengar tawaranku?

Jauhlah antum dr perkara yg melalaikan,yg bisa meruntuhkan akhlak kalian.
Jauhlah antum dr penyakit al-wahn,yg mnyebabkan jauhnya kamu dr Tuhan.
Jauhlah antum dr penyakit paling berbisa iaitu malas,yg mmbuat kamu mgalirkan air mata penyesalan.
Jauhlah antum dr bisikan syaitan durjana,yg mnyesatkan kalian.
Jauhlah antum dr sifat syak wasangka,yg menjarakkan ukhuwah antara kalian.
Jauhlah antum dr pkara-pkara haram,yg menyebabkan jauhnya hidayahNYA.
Jauhlah antum dr tempat-tempat yg haram,yg mnyebabkan jauhnya kita dr syurgaNYA.

Subhanallah! Sahabatku !
Terlalu byk sekiranya diri ini ingin berbicara.tetapi tidak pula ana sanggup melihat sahabat-sahabat ana lalai dengan perkara-perkara dunia,dan disisihkan pula perkara-perkara akhirat.

Wahai sahabatku,taukah kamu bahawa ana rindu kamu.rindukan ukhuwah yg tiada ternilainya,tidak terbayar dgn wang ringgit.
Cukuplah seorang sahabat telah pergi meninggalkan kita,menemui Tuhan yg Esa.

Ketahuilah sahabatku,ana rindu kamu semua,bilamana tika doa dipohon,mahu saja semua nama kamu disebut satu demi satu,memohon keampunan dan rahmat bserta kasih sayangNYA.

SAHABATKU
sekiranya kalian mbaca ini,usah dbangkitkan persoalan siapa yg mnulisnya
tetapi persoalkanlah,dimana ukhuwah kita,dan sejauh mana kekuatannya.

Sekian sahaja
-ex intesaber-

Monday, April 4, 2011

PSPM2 MATRIKULASI

salamun alaik..
alhamdulillah, masih ada lagi connection internet walaupun dalam minggu study week.
minggu depan pelajar-pelajar matrikulasi akan mula sibuk. sibuk dengan peperiksaan yang bermula pd hari isnin, 11APR2011 hingga 20APR2011. selepas itu, mereka akan bebas sehingga bulan SEPT, iaitu bulan masuk u pilihan masing-masing.

Ana harap, sahabat-sahabat yang tidak terlibat dengan program matrikulasi dapat mendoakan kami semua ini. semoga ALLAH memberkati kalian, inshaallah.

TAHNIAH diucapkan kepada adik-adik lepasan SPM, SBPI SABAK BERNAM khususnya, kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. ana mendoakan antum semua dpt meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan terus berjaya, dunia dan akhirat, inshaallah.

hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi kami akan berada di sini. selepas itu, NO-MORE-KULIAH. NO-MORE-TUTORIAL. hehe. nukan maksudnya ana membenci itu semua, tetapi lepas la bebanan sedikit dalam kepala ni. ana harap, semakin dekat 20APR, semakin bertambah erat ukhuwah kami ini. ameen, inshaallah.
setakat ini saja lah, sebab ana pun tak habes study lg ni. biasa lah, last minute sangat-sangat berkesan.
sekian saja sahabatku, pembaca-pembaca yang dihormati sekalian. ana sayang kamu semua.

salamun alaikum.

Friday, April 1, 2011

pengamal kah kamu?

orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram
surah arRa'd 28
sungguh! hebat sekali kuasa zikrullah sehingga seluruh alam berzikir mengagungiNYA tanpa kita sedari atau tidak. tetapi, persoalannya, adakah kita termasuk dalam golongan yang mengamalkannya? adakah basah lidah kita menyebut-nyebut namaNYA atau sekadar basah dengan umpatan-umpatan serta hilai tawa?
ah! manusia. sungguh leka kamu dibuai permainan dunia. sehingga tidak takut pada ILLAHI, hanya mengejar kemewahan serta pangkat sahaja.
sedarlah! wahai diri, kamu tidak tahu saat ajal datang menjelma. kamu tidak tahu saat malaikat maut mengunjungi kamu. kamu tidak tahu juga masa depan yang belum pasti akan menjadi kenyataan.
takutlah pada ALLAH sahaja. kerna ALLAH adalah TUHAN YANG MAHA ESA. DIA telah menjadikan segala-galanya dan DIA jugalah yang memberi rezeki.
'Maka nikmat TUHAN kamu yang manakah kamu dustakan?'
surah arRahman 

Thursday, March 24, 2011

madah kata

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

salamun alaik
ana tertarik dgn kata-kata penulis ini.
semoga dapat menjadi pedoman kepada diri ini dan para sahabat :)

Tuesday, March 22, 2011

tompokan darah di kibaran libya

menapak kaki ini di atas bumi yang harmoni, aman tanpa peperangan. menghirup udara segar di kala kanak-kanak berlari riang. terdengar kicauan burung mengiringi langkah. syukur ALHAMDULILLAH kerana negara ini masih dikurniakan keamanan dan kebebasan. masih dikurnia Tuhan kemudahan, lagi-lagi untuk beribadah, dimana saja. sungguh hari-hari berlalu bagaikan dalam ceritera fantasi, tiada persengketaan yang bisa menggugat rakyat. adapun seperti kisah sang Kancil yang bijak lestari menyelesaikan pertelingkahan tanpa perlu ada yang berkorban nyawa.

-----

“resolusi PBB membenarkan libya diserang”

kesyahduan mula menerpa. apakah khabar orang disana. Bayangkan lima negara bersatu menyerang sebuah negara kerdil di mata dunia. Ya ALLAH, apakah bala yang telah kau turunkan disana? Mengapa perlu ada campur tangan barat untuk menyelesaikan krisis dalaman sebuah negara yang tidak pernah mencuba untuk menggugat keamanan negara-negara jirannya? Sedangkan mereka sendiri mengutuk tindakan itu, tindakan mereka yang mengaku mereka itu pembela keamanan dunia?

Mengapa perlu ada Amerika?
Mengapa perlu ada Britain?
Mengapa perlu ada Itali?
Mengapa perlu ada Perancis?

Apa yang Malaysia lakukan? Bukankah Malaysia sendiri sebuah negara anggota PBB? Bukankah suara Malaysia juga perlu didengar? Apakah Malaysia hanya berani didalam kandang? Tidakkah negara anggota lain berusaha menegakkan kebenaran dalam mencapai keamanan? Tidakkah mereka tidak sedar akan agenda tersembunyi Amerika dan sekutunya?

Ya ALLAH, disini aku hanya mampu menadah tanganku berdoa, selamatkanlah saudara-saudar seIslamku disana, bebaskanlah mereka dari belenggu kafiruun, amankanlah bumi-bumi Islam, hancurkanlah pendusta-pendusta itu sebagaimana peristiwa burung Ababil menyerang tentera bergajah Abrahah.

Ayuh teman, laksanakanlah qunut nazilah, agar pertolongan ALLAH AL-AZIM sentiasa bersama orang-orang yang berjuang atas nama ISLAM. WALLAHUA' LAM INSYA-ALLAH.

Wednesday, March 16, 2011

peringatan buat diriku yang selalu alpa





Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari. 

Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh 

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman 

Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. 

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda. 

Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT 

Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati 

Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT. 

Wednesday, March 9, 2011

masjid

salamun alaikum

sudah lama nampaknya ana tidak menulis di blog ini, mungkin kerana kekangan waktu atau masalah internet yg melanda di kolej ini? haha. no offence. tetapi ana bersyukur, ana dan sahabat-sahabat masih lagi sihat, ALHAMDULILLAH!!!

bulan Februari yg lepas menyaksikan pelbagai ragam dunia terutamanya krisis di Mesir. tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan meniggalkan negaranya telah membuatkan rakyat Mesir berpesta di sana sini. syukurlah! akhirnya doa mereka diterima ALLAH. dan kini, bulan Mac, pelajar-pelajar Malaysia yang dihantar pulang berikutan krisis di sana harus pulang semula ke Mesir. banyak juga pihak bertanggungjawab memberi sumbangan kepada mereka.

namun, aman di Mesir, Libya pula yang merusuh. ada apa pula? ALLAHuakbar, ana pun tidak tahu. mungkin kerana kekangan waktu atau masalah internet yang melanda di kolej ini? haha. namun kita sebagai umat Islam yang kuat dan gagah, haruslah ambil tahu. kerana apa? kerana Libya juga merupakan sebuah negara Islam. oleh itu, wahai rakan-rakan, sahabat-sahabat sekalian, selepas ber maathurat bersama-sama selepas asar, kita share-share lah ye :p

ALHAMDULILLAH, kehidupan ana di masjid sangat-sangat baik. mana tidaknya, rumah ALLAH. solat berjemaah kembali terjaga. tapi tempat kami nampak bersepah ke? tak kut.. kalau bersepah, ana dan rakan-rakan sama-sama kemas. di rumah ALLAH ini juga, ana berkenalan dengan ramai sahabat-sahabat lain. waaahh, hebatnya ukhuwah yang terbina di situ kan?


ni gambar masa mula-mula dulu, sekarang dah tambah raammmmmmaiii! alhamdulillah!

dkt bahagian tepi masjid tempat kami. belajar, makan, kongsi ilmu, sangat-sangat seronok, alhamdulillah :D

tapi dulu....

lain ceritanya..,perlu ke cerita disini? oh tidak. biarlah ia menjadi kenangan, menjadi azimat, terpahat di hati kami semua. 
semenjak di masjid, tidak lagi kami isikan masa kosong terbiar begitu sahaja. alQuran teman sejati kami, syura-syura atau majlis ilmu tempat kami topup ilmu-ilmu kami. hizbah menjadi leisure kami. syukur alhamdulillah. semoga kami lakukan semua itu hanya kerana Tuhan yang satu, ALLAH. semoga Engkau berkati kami semua ini, ya ALLAH! jangan kau biarkan kami sendiri, ya ALLAH!
32 hari, 8 jam, 25 minit
lagi beberapa hari, peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar matrikulasi akan berlangsung. ana mendoakan diri ana dan sahabat-sahabat semuanya berjaya peroleh kecemerlangan, inshaallah!
berahirnya program matrikulasi untuk pelajar program satu tahun, maka merdekalah mereka. maka, sebelum meninggalkan kolej, berbagai-bagai event seperti jamuan dilangsungkan. yaaa, hujung minggu ni akan berlangsung jamuan untuk kelas ana dan berlangsung juga jamuan untuk sebuah kesatuan islam iaitu KRISMA. ana dan rakan-rakan terlibat sama, inshaallah.

namun diingatkan disini, kepada semua sahabat supaya menjaga adab-adab pergaulan. tak kiralah warna kulit hitam ke putih, hijau ke biru yang penting kena jaga. first sekali yang kena jaga, MATA. ya mata manusia tak terkawal. pelbagai jenis mata yang ada didunia ini. bak kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, mata lelaki boleh merangsang ....... xperlulah ana menyingkap tabir yang terhijab. kuang3. yang muslimat, diingatkan di sini antunna semua perlulah menjaga aurat sendiri. labuhkanlah tudungmu. cukupkanlah kainmu. jangan biarkan aurat kamu terdedah melainkan kepada seorang lelaki yang bergelar suami untuk kamu. kalau masih tidak cukup duit nak beli kain, bolehlah membuat pinjaman bank. haha

rindu, ya ana sebenarnya rindu dengan suasana sekolah ana dulu. sbpi sabak bernam, atau nama lainnya intesaber. ana dengar cerita kini sekolah ana sedang memantapkan pegisian rohaninya dengan memperbanyakkan ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh bekas ustaz-ustaz yang pernah mengajar ana dahulu. alhamdulillah, baguslah. sudah semestinya pelajar-pelajarnya mantap dari segi ilmunya, rohaninya dan agamanya. mahu sekali ingin menjejakkan kaki lagi sekali di sekolah tempat ana belajar selama 5 tahun itu. banyak kenangannya..

ehhh nampaknya sudah terlebih-lebih. sahabat..! dah jom sambung buat assignment. samapi sini sajalah coretan ana kali ini, inshaallah dpanjangkan umur, menulis lah lagi ana.
syukran kerana membaca
salamun alaik...:)

halusnya belaian raudhah

semerbak haruman kesturi
menemani perjalanan ke raudhah
atau ia sekadar bauan ilusi
menghantui mimpi insani
yang leka dek tautan nafsu dan dosa

bukan mudah untuk ke sana
namun tidak sukar mengorak langkah ke arahnya
konfrontasi fatamorgana mengalih pandangan hamba
kepada nikmatnya dunia
bukankah telah diberitahu
ada yang terbaik disana
yang haram turut dihalalkan
untuk para penghuni syurga
di sepanjang hidup mengharap redha-Nya

sejengkal jarak tidak kesampaian
antara azan dan iqamah
antara kelahiran dan kematian
antara dunia dan kiamat
maka ingatlah wahai insan
diciptakan manusia dan jin
untuk beribadah kepada-Nya

lailahaillallah, muhammadarasulullah.

Wednesday, February 16, 2011

salam maulud!!

assalamualaikum~

sekali lagi kita diberi kesempatan untuk terus melahirkan rasa kasih dan cinta kita terhadap Baginda s.a.w., pemimpin umat sejagat serta pembimbing kita di akhirat kelak. bayangkan jika al-Kholiq tidak mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita. masakan kini kita akan hidup dalam syariat Islam yang indah ini. mungkin jua kita akan terus sesat dalam fatamorgana ini.

tema sambutan maulidur rasul 1432h/2011 ialah '1 Malaysia, 1 Ummah'. jadi kita sebagai golongan syabab yang diberi tanggungjawab untuk memakmurkan bumi tercinta tanah air ini, ayuh bersatu demi merealisasikan harapan negara dalam meneruskan kesatuan Islam yang sekian lama subur di tanah ini. benar kata pepatah, 'bersatu teguh, bercerai roboh'.

Dari Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : “Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya”. (Riwayat Muslim)

jadi, marilah wahai sahabat, kita teruskan perjuangan demi menegakkan syiar Islam ke seluruh pelusuk dunia. 

ALLAHU AKBAR!!
SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

  • Twe

Monday, February 14, 2011

tiada alasan

ALLAH tidak membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
Surah  alBaqarah ayat 286

Subhanallah, Maha Suci ALLAH.. 
Lihatlah kebesaran ILLAHI. tiada siapa yang mampu menandinginya. sungguh aturan alam itu cukup sempurna.
lagsung tiada cacat cela. setiap yang diciptakan mengandungi hikmahnya masing-masing.

MANUSIA
adakalanya mereka leka, alpa di dalam arus dunia. ada juga yang tak habis-habis dugaan datang menimpa. 
gagal dalam peperiksaan, gagal dalam percintaan, gagal dalam perkahwinan dan sebagainya. selepas itu mulalah timbul keluhan-keluhan yang menggambarkan ketidaksyukuran makhluk ALLAH tersebut.
tidakkah mereka terfikir bahawa masih ada yang lebih sengsara dari mereka? 
ALLAH Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui
 surah alBaqarah ayat 216


maka, tiada alasan bagi setiap muslim, termasuk diri saya sendiri, untuk tidak berjaya dalam kehidupan. ingatlah, ALLAH itu Maha Adil, tiada yang lebih adil selain dariNYA. berusahalah !!!

Innallahamaana

Saturday, February 12, 2011

kembali murni dalam din-Nya

perbincangan sebentar tadi sedikit sebanyak memangkinkan tindak balas diriku untuk berubah. kembali aku memanjatkan rasa syukur kepada-Nya kerana masih terpaut Islam pada diri ini sungguhpun iman yang terlekat dalam jasad ini hanya sekelumit cuma. kefardhuan solat masih utama, disamping rukun Islam yang lain. dua kalimat syahadat juga masih terucap, sungguhpun diri ini hampir terjunam ke lembah durjana. sememangnya aku yang dahulunya pernah dididik dengan ilmu agama serta hidup dalam iklim dini kini umpama kain yang penuh dengan lumpur yang terpalit, walaupun dicuci namun masih meninggalkan daki yang amat payah untuk ditanggalkan. kehidupan yang tak terurus disini menjadikan aku terlupa akan keredhaan ALLAH serta nikmat syurga, malah terpaut pula pada keseronokan serta nikmat dunia yang penghujungnya hanya yang Maha Pencipta yang tahu. sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana serta Maha Mengetahui.

sekali lagi aku bersyukur kerana ditemani rakan-rakan yang sudi membimbing daku kembali ke jalan yang lurus. peribadi mereka sedikit sebanyak menarik aku daripada terus terjerumus kedalam lubang kehinaan. dan aku masih terus bernafas dalam udara yang penuh dengan alunan zikrullah serta mendengar lunaknya suara melagukan Kalamullah dan Sunnahnya.

ingin sahaja aku terus melangkah dengan iman dan taqwa terus memimpin ke JannatunNaim, serta ditemani syafaat Baginda s.a.w., juga sahabat yang berjuang demi menegakkan syariat Islam, dan para solihin yang tidak pernah putus melaksanakan kewajipan terhadap-Nya serta hidup dalam kemanisan Sunnah Rasulullah s.a.w. tetapi aku kembali berfikir, apakah aku masih layak untuk terus berharap sedimikian rupa, malah untuk bersemuka dengan ALLAH sekalipun... apakah masih terbuka pintu taubat-Nya?

ya ALLAH, selamatkanlah aku daripada dusta dan nista dunia, peliharalah aku dalam nur hidayah-Mu, serta bantulah daku agar tidak terus tenggelam dalam lautan penuh kemaksiatan. ya Rabb-ul-Izzati, limpahkanlah aku keampunan-Mu, dan janganlah Kau hinakan daku di akhirat kelak.

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ، رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

the day

Pada hari itu manusia seperti kelkatu yang berterbangan, gunung-gunung dihambur-hamburkan
 Surah alQariah ayat 4-5
 
apakah hari itu?
sedasyat manakah hari itu?
adakah akan mati semua hidupan walau sekecil zarah?

hari itu, hari kiamat. hari yang akan memusnahkan dunia, malah seluruh cakerawala sekalipun.
tiada lagi hidupan yang dapat hidup. namun, selepas itu, tuhan akan mengarahkan malaikat meniup sangkakala, lalu bangunlah orang-orang yang telah mati itu. bangunnya mereka dalam keadaan yang pelbagai. Ada yang seperti babi dan anjing, ada yang kepala di bawah kaki di atas. siapa yang melakukan amal soleh maka elok dan cantik la rupanya. Ini adalah janji Allah. Tiada lagi penyesalan. Tiada lagi taubat. Pada masa itu, sudah pastilah orang yang beramal dengan ajaran yang benar akan berada dalam kehidupan yang senang. namun, malang buat manusia yang ingkar. neraka Hawiyah menanti mereka atas sebab tidak menurut ajaran yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Maka orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka dia berada dalam kehidupan memuaskan (senang), dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah, dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (iaitu) api yang sangat panas
  Surah alQariah ayat 6-11

 Maka kumpullah semua manusia sama ada yang soleh atau yang kufur. Pada waktu itu semua manusia dalam keadaan tidak ada seutas benang sekalipon di badannya. (Aisyah bertanya kepada Rasulullah...wahai rasulullah jika tiada seutas benang pada badanku maka manusia disekeliling akan melihat tubuhku...Rasulullah pon menjawab: pada masa itu tiada siapa akan melihat orang lain..mereka akan mementingkan diri sendiri)..Semua manusia akan berada di padang mahsyar dalam keadaan ketakutan dan penyesalan. Kemudian turunnya makhluk yang berada di setiap langit dan menghadap Allah Yang Maha Kuasa. Matahari diibaratkan akan berada sejengkal di atas kepala, mereka akan berenang dalam lautan peluh masing-masing. kepada yang melakukan amal soleh dia akan disediakan katil serta pelindung kepadanya dan mereka akan berada dalam keadaan tersenyum. sewaktu penimbangan dilakukan, masing2 akan mementingkan diri..ada satu kisah diceritakan bapa meminta bantuan daripada sewaktu dia disoal..kemudian anak itu berkata aku pun tidak tahu samaada lepas atau tidak ketika aku disoal oleh Allah..maafkanku..

 namun begitu, adakah kita, termasuk diri saya sekali, ingat padaNYA?

Saturday, February 5, 2011

rindu yang sebenarnya I

tidak tahu mengapa tiba-tiba
hati ini terpanggil untuk mencoret
tiap patah kata yang bermakna
akan ertinya sebuah kerinduan

disaat mentari menikam pandangan
masih lena diri diulit mainan syaitan
namun bersyukur ke hadrat Ilahi
sekali lagi hari ini
dapat ku hirup oksigen demi sebuah kehidupan

tapi bangunnya aku
terasa kekosongan di sini
ya, di sini
satu sudut di dada ini terasa kosong
kerana disini telah ku kosongkan buat bidadari
bidadari yang terbangnya mungkin tak kembali

kadangkala akal berfikir sejenak
masakan ku mampu kosongkan ia untuk sang pencinta
sedangkan pencinta Maha Agung tiada terletaknya disini
malah rinduku pada kekasihNya juga tidak terbit
apakah sudah sirna cinta serta rindu ini?

terduduk seketika, terpana.