Wednesday, May 25, 2011

ketahuilah hidupmu

seringkali diungkap
hidup itu tidak adil
diusaha sepenuh kudrat
namun kejayaan dan nikmat bercicir lari
ketahuilah
andai hikmah dan rezeki menanti di hujung sana

seringkali didengar
hidup penuh musibah
sudah jatuh ditimpa tangga
patah pula kaki keduanya
namun ketahuilah
andai takdir ketentuan Ilahi
maha Pencipta maha Mengetahui

seringkali dirasa
hidup ini sunyi
walau ramai insan disisi
juga teman ramai mendekati
ingin diisi dengan impian hati
tapi tepuknya tidak berbunyi
namun ketahuilah
cinta ALLAH maha Pengasih cinta abadi

apapun terjadi
kembalilah kepada tempat kita bergantung
sesungguhnya sifat ALLAH yang Mendengar itu benar
kerana Dialah tempat memohon perlindungan
ALLAH maha Berkuasa

Saturday, May 21, 2011

Nasihat As-Syahid Hassan Al-Banna


Pesan Imam Hassan Al Banna

Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kitaprioritaskan dan amalkan.
1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.
3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)
4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.
6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.
8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.
9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.
10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.

Alhamdulillah semoga jd pedoman buat kita semua

Sunday, May 8, 2011

nota tika bekerja

Ku lihat ramai gadis cantik, gadis manja, gadis comel, gadis kaya, gadis bertudung, gadis baik dan bermacam-macam gadis di laman sosial mahupun dunia nyata, namun tidak ku terpikat pada mereka.. 

Ku lihat seorang gadis yang menjaga agama dan memegang erat iman dalam hatinya dan ku lihat dia malu menunjukkan tentang dirinya pada dunia sosial dan dunia nyata.. 

Tidak pula dia mencintai selain ALLAH dan Rasulullah SAW. jauh pula dengan hubungan cinta sebelum berkahwin.

Isteri begitulah impianku..

Oh Tuhan.., Aku jatuh cinta...

Friday, May 6, 2011

Itulah Yang Sebenar-benarnya


Sekiranya,


kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita 


Tetapi sekiranya 
kita cinta kepada ALLAH
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya


Sekiranya 
kita cinta kepada manusia 
kita akan cemburu kepada orang yang 
mencintai orang yang kita cintai 

Tetapi sekiranya 
kita cinta kepada ALLAH
kita akan turut mencintai orang yang 
melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga 

Ya ALLAH
andainya dia adalah jodoh 
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku 

Maka,

campakkanlah ke dalam hatiku 

cinta kepadanya adalah keranaMU
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMU jua 

Namun,


andainya dia bukanlah jodoh yang 

ditetapkan olehMU kepadaku 
berikanlah aku kekuatan 
agar pasrah 
dalam mengharungi ujian 
yang Dikau berikan kepadaku


Itulah yang sebenar-benarnya..

Sunday, May 1, 2011

I-I-I

salamun alaik

I-I-I
triple I
Islam.Itu.Indah


berbicara tentang Islam. adakah kita tahu akan sifat-sifat Islam? ya mari sini kita belajar, beberapa sifat-sifat Islam, yang semestinya kita sebagai umat Islam harus tahu.

****


****

RABBANIAH
bererti kembali kepada ALLAH, yang membawa kepada ajaran Ubudiyyah (pengabdian) kepada ALLAH, yakni setiap insan (hamba) wajib beribadat hanya kepada ALLAH sahaja.

SYUMULIAH
bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. ianya meliputi seluruh aspek kahidupan manusia tanpa terkecuali dan sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besar perkara.

'ALAMIYAH
bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. sesuai untuk semua golongan. ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. sesuai di mana sekalipun. juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah atau zaman teknologgi moden yang serba canggih ini, sesuai hingga ke hari kiamat.

WAQI'IYYAH
Islam adalah realistik atau dengan kata lain ia addalah mithali dan berdasarkan kepada realiti, ia terselamat dari sifat keterlaluan golongan yang terlalu ideal dan terselamat dari kecuaian dan pandangan mudah golongan yang terlalu realistik.

INQILABIYYAH
Menegakkan Islam atas keruntuhan Jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan Jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Kesimpulannya Islam tidak boleh berada bersama-sama dengan jahiliyyah ataupun kemungkaran.

THABAT DAN MURUNNAH
tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaan. contohnya, solat wajib perlaksanaannya boleh dibuat sejara qasar atau jamak sekiranya bermusafir.


p/s : tolong bagitau kalau ade salah tulis. sungguh, diri ini tidak sempurna, kerana kesempurnaan itu hanyalah milik Al-Kholiq.