Wednesday, February 16, 2011

salam maulud!!

assalamualaikum~

sekali lagi kita diberi kesempatan untuk terus melahirkan rasa kasih dan cinta kita terhadap Baginda s.a.w., pemimpin umat sejagat serta pembimbing kita di akhirat kelak. bayangkan jika al-Kholiq tidak mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita. masakan kini kita akan hidup dalam syariat Islam yang indah ini. mungkin jua kita akan terus sesat dalam fatamorgana ini.

tema sambutan maulidur rasul 1432h/2011 ialah '1 Malaysia, 1 Ummah'. jadi kita sebagai golongan syabab yang diberi tanggungjawab untuk memakmurkan bumi tercinta tanah air ini, ayuh bersatu demi merealisasikan harapan negara dalam meneruskan kesatuan Islam yang sekian lama subur di tanah ini. benar kata pepatah, 'bersatu teguh, bercerai roboh'.

Dari Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : “Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya”. (Riwayat Muslim)

jadi, marilah wahai sahabat, kita teruskan perjuangan demi menegakkan syiar Islam ke seluruh pelusuk dunia. 

ALLAHU AKBAR!!
SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

  • Twe

Monday, February 14, 2011

tiada alasan

ALLAH tidak membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
Surah  alBaqarah ayat 286

Subhanallah, Maha Suci ALLAH.. 
Lihatlah kebesaran ILLAHI. tiada siapa yang mampu menandinginya. sungguh aturan alam itu cukup sempurna.
lagsung tiada cacat cela. setiap yang diciptakan mengandungi hikmahnya masing-masing.

MANUSIA
adakalanya mereka leka, alpa di dalam arus dunia. ada juga yang tak habis-habis dugaan datang menimpa. 
gagal dalam peperiksaan, gagal dalam percintaan, gagal dalam perkahwinan dan sebagainya. selepas itu mulalah timbul keluhan-keluhan yang menggambarkan ketidaksyukuran makhluk ALLAH tersebut.
tidakkah mereka terfikir bahawa masih ada yang lebih sengsara dari mereka? 
ALLAH Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui
 surah alBaqarah ayat 216


maka, tiada alasan bagi setiap muslim, termasuk diri saya sendiri, untuk tidak berjaya dalam kehidupan. ingatlah, ALLAH itu Maha Adil, tiada yang lebih adil selain dariNYA. berusahalah !!!

Innallahamaana

Saturday, February 12, 2011

kembali murni dalam din-Nya

perbincangan sebentar tadi sedikit sebanyak memangkinkan tindak balas diriku untuk berubah. kembali aku memanjatkan rasa syukur kepada-Nya kerana masih terpaut Islam pada diri ini sungguhpun iman yang terlekat dalam jasad ini hanya sekelumit cuma. kefardhuan solat masih utama, disamping rukun Islam yang lain. dua kalimat syahadat juga masih terucap, sungguhpun diri ini hampir terjunam ke lembah durjana. sememangnya aku yang dahulunya pernah dididik dengan ilmu agama serta hidup dalam iklim dini kini umpama kain yang penuh dengan lumpur yang terpalit, walaupun dicuci namun masih meninggalkan daki yang amat payah untuk ditanggalkan. kehidupan yang tak terurus disini menjadikan aku terlupa akan keredhaan ALLAH serta nikmat syurga, malah terpaut pula pada keseronokan serta nikmat dunia yang penghujungnya hanya yang Maha Pencipta yang tahu. sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana serta Maha Mengetahui.

sekali lagi aku bersyukur kerana ditemani rakan-rakan yang sudi membimbing daku kembali ke jalan yang lurus. peribadi mereka sedikit sebanyak menarik aku daripada terus terjerumus kedalam lubang kehinaan. dan aku masih terus bernafas dalam udara yang penuh dengan alunan zikrullah serta mendengar lunaknya suara melagukan Kalamullah dan Sunnahnya.

ingin sahaja aku terus melangkah dengan iman dan taqwa terus memimpin ke JannatunNaim, serta ditemani syafaat Baginda s.a.w., juga sahabat yang berjuang demi menegakkan syariat Islam, dan para solihin yang tidak pernah putus melaksanakan kewajipan terhadap-Nya serta hidup dalam kemanisan Sunnah Rasulullah s.a.w. tetapi aku kembali berfikir, apakah aku masih layak untuk terus berharap sedimikian rupa, malah untuk bersemuka dengan ALLAH sekalipun... apakah masih terbuka pintu taubat-Nya?

ya ALLAH, selamatkanlah aku daripada dusta dan nista dunia, peliharalah aku dalam nur hidayah-Mu, serta bantulah daku agar tidak terus tenggelam dalam lautan penuh kemaksiatan. ya Rabb-ul-Izzati, limpahkanlah aku keampunan-Mu, dan janganlah Kau hinakan daku di akhirat kelak.

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ، رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

the day

Pada hari itu manusia seperti kelkatu yang berterbangan, gunung-gunung dihambur-hamburkan
 Surah alQariah ayat 4-5
 
apakah hari itu?
sedasyat manakah hari itu?
adakah akan mati semua hidupan walau sekecil zarah?

hari itu, hari kiamat. hari yang akan memusnahkan dunia, malah seluruh cakerawala sekalipun.
tiada lagi hidupan yang dapat hidup. namun, selepas itu, tuhan akan mengarahkan malaikat meniup sangkakala, lalu bangunlah orang-orang yang telah mati itu. bangunnya mereka dalam keadaan yang pelbagai. Ada yang seperti babi dan anjing, ada yang kepala di bawah kaki di atas. siapa yang melakukan amal soleh maka elok dan cantik la rupanya. Ini adalah janji Allah. Tiada lagi penyesalan. Tiada lagi taubat. Pada masa itu, sudah pastilah orang yang beramal dengan ajaran yang benar akan berada dalam kehidupan yang senang. namun, malang buat manusia yang ingkar. neraka Hawiyah menanti mereka atas sebab tidak menurut ajaran yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Maka orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka dia berada dalam kehidupan memuaskan (senang), dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah, dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (iaitu) api yang sangat panas
  Surah alQariah ayat 6-11

 Maka kumpullah semua manusia sama ada yang soleh atau yang kufur. Pada waktu itu semua manusia dalam keadaan tidak ada seutas benang sekalipon di badannya. (Aisyah bertanya kepada Rasulullah...wahai rasulullah jika tiada seutas benang pada badanku maka manusia disekeliling akan melihat tubuhku...Rasulullah pon menjawab: pada masa itu tiada siapa akan melihat orang lain..mereka akan mementingkan diri sendiri)..Semua manusia akan berada di padang mahsyar dalam keadaan ketakutan dan penyesalan. Kemudian turunnya makhluk yang berada di setiap langit dan menghadap Allah Yang Maha Kuasa. Matahari diibaratkan akan berada sejengkal di atas kepala, mereka akan berenang dalam lautan peluh masing-masing. kepada yang melakukan amal soleh dia akan disediakan katil serta pelindung kepadanya dan mereka akan berada dalam keadaan tersenyum. sewaktu penimbangan dilakukan, masing2 akan mementingkan diri..ada satu kisah diceritakan bapa meminta bantuan daripada sewaktu dia disoal..kemudian anak itu berkata aku pun tidak tahu samaada lepas atau tidak ketika aku disoal oleh Allah..maafkanku..

 namun begitu, adakah kita, termasuk diri saya sekali, ingat padaNYA?

Saturday, February 5, 2011

rindu yang sebenarnya I

tidak tahu mengapa tiba-tiba
hati ini terpanggil untuk mencoret
tiap patah kata yang bermakna
akan ertinya sebuah kerinduan

disaat mentari menikam pandangan
masih lena diri diulit mainan syaitan
namun bersyukur ke hadrat Ilahi
sekali lagi hari ini
dapat ku hirup oksigen demi sebuah kehidupan

tapi bangunnya aku
terasa kekosongan di sini
ya, di sini
satu sudut di dada ini terasa kosong
kerana disini telah ku kosongkan buat bidadari
bidadari yang terbangnya mungkin tak kembali

kadangkala akal berfikir sejenak
masakan ku mampu kosongkan ia untuk sang pencinta
sedangkan pencinta Maha Agung tiada terletaknya disini
malah rinduku pada kekasihNya juga tidak terbit
apakah sudah sirna cinta serta rindu ini?

terduduk seketika, terpana.

Friday, February 4, 2011

bacalah!

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi
alFatir ayat 29
subhanallah..,sungguh hebat kuasa ALLAH, tuhan yg menjadikan langit dan bumi, menciptakan siang dan malam, menjadikan pohon-pohon hijau. begitu hebat sekali dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun. cari lah, sesiapa sahaja yang boleh menciptakan matahari. ada? opps maaf. terlalu besar. okay kalau begitu, carilah sesiapa sahaja yang boleh menciptakan sekecil-kecil kejadian iaitu kuman. ada?

susahkah..???

baiklah kalau begitu, carilah kamu sesiapa sahaja yang boleh menciptakan sebuah Kitab yang sehebat alQuran. ada?
sudah semestinya jawapannya tiada. kerana ALLAH Maha Pencipta dan sebaik-baik kejadian adalah manusia. namun, kita (termasuk saya dan sahabat-sahabat) sering terleka mengejar arus dunia hinggakan ALLAH kita terlupa. manusia jenis apakah kita ini????? disaat azan berkumandang, dimanakah kita?????

bermuhasabah lah wahai sahabatku serta diri ini yang jauh dari hidayatNYA..
sungguh aku berasa hina sekali disisiNYA..
adakah amalan-amalan ku diterima?adakah dosa-dosaku diampunkan olehNYA..?
fikir-fikirlah wahai hati...

Wednesday, February 2, 2011

bicara kata


setiap masa, setiap ketika, adakalanya kita MANUSIA, pastinya tersalah kata, terkesat bahasa .

hayati lirik lagu ini.