Wednesday, February 16, 2011

salam maulud!!

assalamualaikum~

sekali lagi kita diberi kesempatan untuk terus melahirkan rasa kasih dan cinta kita terhadap Baginda s.a.w., pemimpin umat sejagat serta pembimbing kita di akhirat kelak. bayangkan jika al-Kholiq tidak mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita. masakan kini kita akan hidup dalam syariat Islam yang indah ini. mungkin jua kita akan terus sesat dalam fatamorgana ini.

tema sambutan maulidur rasul 1432h/2011 ialah '1 Malaysia, 1 Ummah'. jadi kita sebagai golongan syabab yang diberi tanggungjawab untuk memakmurkan bumi tercinta tanah air ini, ayuh bersatu demi merealisasikan harapan negara dalam meneruskan kesatuan Islam yang sekian lama subur di tanah ini. benar kata pepatah, 'bersatu teguh, bercerai roboh'.

Dari Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : “Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya”. (Riwayat Muslim)

jadi, marilah wahai sahabat, kita teruskan perjuangan demi menegakkan syiar Islam ke seluruh pelusuk dunia. 

ALLAHU AKBAR!!
SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

  • Twe

No comments:

Post a Comment