Tuesday, March 22, 2011

tompokan darah di kibaran libya

menapak kaki ini di atas bumi yang harmoni, aman tanpa peperangan. menghirup udara segar di kala kanak-kanak berlari riang. terdengar kicauan burung mengiringi langkah. syukur ALHAMDULILLAH kerana negara ini masih dikurniakan keamanan dan kebebasan. masih dikurnia Tuhan kemudahan, lagi-lagi untuk beribadah, dimana saja. sungguh hari-hari berlalu bagaikan dalam ceritera fantasi, tiada persengketaan yang bisa menggugat rakyat. adapun seperti kisah sang Kancil yang bijak lestari menyelesaikan pertelingkahan tanpa perlu ada yang berkorban nyawa.

-----

“resolusi PBB membenarkan libya diserang”

kesyahduan mula menerpa. apakah khabar orang disana. Bayangkan lima negara bersatu menyerang sebuah negara kerdil di mata dunia. Ya ALLAH, apakah bala yang telah kau turunkan disana? Mengapa perlu ada campur tangan barat untuk menyelesaikan krisis dalaman sebuah negara yang tidak pernah mencuba untuk menggugat keamanan negara-negara jirannya? Sedangkan mereka sendiri mengutuk tindakan itu, tindakan mereka yang mengaku mereka itu pembela keamanan dunia?

Mengapa perlu ada Amerika?
Mengapa perlu ada Britain?
Mengapa perlu ada Itali?
Mengapa perlu ada Perancis?

Apa yang Malaysia lakukan? Bukankah Malaysia sendiri sebuah negara anggota PBB? Bukankah suara Malaysia juga perlu didengar? Apakah Malaysia hanya berani didalam kandang? Tidakkah negara anggota lain berusaha menegakkan kebenaran dalam mencapai keamanan? Tidakkah mereka tidak sedar akan agenda tersembunyi Amerika dan sekutunya?

Ya ALLAH, disini aku hanya mampu menadah tanganku berdoa, selamatkanlah saudara-saudar seIslamku disana, bebaskanlah mereka dari belenggu kafiruun, amankanlah bumi-bumi Islam, hancurkanlah pendusta-pendusta itu sebagaimana peristiwa burung Ababil menyerang tentera bergajah Abrahah.

Ayuh teman, laksanakanlah qunut nazilah, agar pertolongan ALLAH AL-AZIM sentiasa bersama orang-orang yang berjuang atas nama ISLAM. WALLAHUA' LAM INSYA-ALLAH.

1 comment:

  1. Negara-negara Islam: Oh, I see.

    Kenapa perlu campurtangan org luar? Bknkah lebih baik jika ada rakan dari negara Islam sendiri yg pergi membetulkan keadaan.

    Malaysia yg mana pasukan tenteranya antara yg terbaik di dunia tetap berdiam diri; masih mengambil pendirian tidak campur tangan. Sampai bilakah lagi kita harus menunggu Salahuddin al-Ayyubi yang kedua; yg mampu menhapuskan segala yg rosak didalam ummah, dan seterusnya menumpukan perhatian kpd musuh yg lebih utama.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete