Tuesday, January 25, 2011

takdir

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
alFurqan ayat 74
 
siapa yang tidak mahu?
siapa yang tidak mahu?
isteri cerdik yang solehah,penyejuk mata,penawar hati.
zuriat-zuriat yang soleh dan solehah penyeri rumahtangga.sungguh menjadi idaman kalbu lelaki-lelaki seperti kami ini.
jodoh itu milik ALLAH
takdir?ya takdir.
berkata mengenai takdir..
kita pernah dengar takdir ALLAH  tidak boleh diubah...
tetapi pernahkah kita terdengar firman ALLAH yg berfirman..

Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri....
 surah arRa'd ayat 11
jadi takdir boleh diubah dengan singkatan
DUIT
apa pula yang dikatakan dengan DUIT...?

Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal

mungkin kita tidak selalu berjaya dalam peperiksaan
tapi itu adalah hasil usaha yang kita lakukan..kita tidak tahu sama ada itu takdir tuhan..
tiada siapa tahu..


Perkara yang ALLAH tidak ubah adalah jodoh dan kematian..
mengenai jodoh..,YA! ramai wanita-wanita solehah, lelaki-lelaki soleh menjadi idaman kalbu.
tetapi ingatlah ya akhi..,ya ukhty..,kita kena yakin, apa yg ALLAH takdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita kerana ALLAH Maha Mengetahui. walaupun kita berdoa bersungguh-sungguh utk dijodohkan dgn pilihan hati. namun jika Allah sudah tentukan orang lain untuk kita, kita kenalah redha. kerana itu mungkin yang terbaik untuk kita..siapa tahu...???

...mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yg banyak...
surah anNisa' ayat 19

Sama halnya dgn ajal dan maut kita...seandainya kita mohon utk pjg umur..
tetapi umur yg panjang tu kita sia-siakan dgn buat dosa dan maksiat, hanya lagha sahaja..

kita kena pahat dalam hati, apa yang Allah takdirkan untuk kita,
adalah yg terbaik utk kita.
dgn itu kita akan redha akan qada' dan qadarNya..

akhir sekali ingin kami berkongsi sedikit doa yg kami jumpa di internet

"Ya Allah, seandainya dia (sebutkan namanya) adalah jodohku,tercipta buatku,
maka Kau dekatkanlah dia kpdku, satukanlah hatinya & hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami,
agar kebahagiaan itu kekal abadi..
Tetapi Ya Allah,
seandainya dia bukan milikku,
jauhkanlah dia dr pandanganku & lenyapkanlah dia dr ingatanku..
serta hindarilah diriku dr kekecewaan,
Ya Allah,
sesungguhnya takdir-Mu adalah yg terbaik buatku...

Maka Ya Allah, kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman,
utk di dunia & akhirat..
& kurnikanlah kami keturunan yg soleh & solehah..
Amin...."

sekian sahaja...
rabbena maak
salamun alaik :)

No comments:

Post a Comment